Monday, November 16, 2015

Coretan Mama Buat Kimi


Result UPSR 2015 keluar esok 17 Nov ( Selasa)

Jujurnya mama berdebar, kalau tengok pada usaha anak mama, mama nampak kesungguhan Kimi. Mama dapat lihat betapa tertekannya Kimi ketika UPSR semakin hampir. Namun selama 3 hari UPSR berlangsung, wajah Kimi ceria ketika melangkah menuju dewan peperiksaan dan juga ketika keluar dari dewan peperiksaan.
Bila ditanya Ok atau Tidak?
jawapan Kimi buat mama lega 
ALHAMDULLILAH


Kimi selama 3 hari berlangsungnya UPSR



ESOK keputusan UPSR akan keluar, mama tahu Kimi tertekan. Kimi takut kalau2 mama kecewakan?

Takpelah Kimi, apa pun keputusan Kimi dapat esok, mama redha. Mama tahu Kimi dah cuba buat yang terbaik supaya mama dan papa gembira, tapi jika Allah tak mengizinkan, siapa kita mahu mempersoalkannya?

Mama tahu mama banyak tekan Kimi bukan kerana mama takut Kimi tak berjaya dalam pelajaran sebab Kimi baru darjah 6. Perjalanan Kimi dalam alam persekolahan dan pengajian masih panjang, SANGAT PANJANG! Mama dulu pun UPSR tak semua pun dapat A, papa pun! Tapi kami dua2 dapat lanjutkan pelajaran sampai masuk Universiti! Mama Alhamdulillah ada Master dan sambung lagi untuk ke peringkat paling tinggi, Papa pulak walau UPSR tak semua A tapi akhirnya dapat masuk Universiti OBERSEA pulak tu! 

JADI kenapa mama TEKAN Kimi?

Sebenarnya mama papa tekan Kimi sebab mama malu kalau2 anak mama tak dapat semua A dalam UPSR. Mama takut nanti orang kutuk2 mama, kutuk anak mama, banding2kan anak mama dengan anak dorang dan sebagainya.

Pendek kata bila mama fikir2 balik, mama ni dok tekan2 Kimi bukan sebab takut Kimi tak boleh nak teruskan hidup atau teruskan persekolahan kalau tak dapat semua A dalam UPSR, tapi mama takut orang keliling memperlekehkan dan mengata2 tentang mama dan anak mama dibelakang mama.

Walhal kalau Kimi dapat semua D pun Kimi tetap boleh teruskan persekolahan macam biasa dan kalau Kimi ada kesedaran untuk perbaiki prestasi diri, Kimi boleh saja jadi pelajar cemerlang semasa naik sekolah menengah nanti, KAN????

Mama jadikan diri mama sebagai contoh, Kimi pun tahu dulu mama sekolah takdalah pandai sangat. Tingkatan 4 mama berhenti sekolah kemudian lepas kawin lepas dapat Kimi baru mama sibuk2 nak belajar balik, ambil SPM kemudian sambung Diploma, kemudian Degree, pastu Master dan sekarang sibuk nak buat Phd pulak. 


Kadang2 mama rasa bersalah pada Kimi, mama tekan Kimi supaya dapat keputusan cemerlang bukan sebab mama takut sangat Kimi takda masa depan, tapi mama lebih takut dengan kata2 kutukan orang keliling. boleh dikatakan ketakutan mama pada masa depan Kimi cuma 20% jer sebab ada ramai jer kawan2 mama yang masa zaman sekolah dulu kalau ada kelas Z, kelas Z lah dia duduk! tapi sekarang kaya raya aman damai bahagia jer . 80% lagi tu sebenarnya mama takut kata2 orang keliling. Mama takut kalau orang tanya berapa result Kimi? Mama malu nak cakap kalau Kimi tak dapat semua A, mama takut orang mencemuh.


Tapi sekarang, mama dah kuat, mama tak mahu lagi jadi mama yang asyik nak tekan Kimi untuk dapat keputusan yang cemerlang sebab takut Kimi takda masa depan tapi mama rasa mama nak Kimi dapat keputusan  yang cemerlang sebab mama nak bermegah2 kunun2 anak mama hebat. Mama nak orang keliling puji2 anak mama hebat sedangkan mama tak faham betapa tertekannya Kimi dan betapa berdosanya mama kerana menjadikan amanah Allah ini sebagai objek untuk mama bermegah2 sedangkan mama tahu bukannya semua orang yang cemerlang dalam pelajaran itu cemerlang dalam hidupnya dan bukan semua orang yang gagal dalam pelajaran itu akan gagal dalam hidupnya!


KESIAN KIMI


Jadi Kimi jangan risau sangat, apa pun keputusan Kimi dapat esok kita bersyukur. Naik sekolah menengah Kita baiki mana yang boleh baiki, tanamkan azam baru. Sebagai anak tugas Kimi adalah belajar dan sebagai mama dan papa, kami akan cuba berikan yang terbaik untuk Kimi. Mama tak mahu lagi menjadikan Kimi bahan kebanggaan mama sehingga mama selalu mendesak Kimi. Apa saja keputusan Kimi, mama tahu Kimi akan berjaya juga suatu hari nanti asalkan Kimi ada kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik. 


Cuma... mama still tak lupa janji mama, kalau Kimi dapat semua A mama akan belikan Kimi PS4 yang Kimi idam2kan selama ini. Kalau esok result semua A, petang atau malam esok kita terus pergi beli.


ITU JANJI MAMA!





Tapi ini bukan bermakna mama tak kisah tentang pelajaran Kimi, cuma mama tak mahu dah jadikan Kimi bahan kemegahan  mama. Mama tetap akan usahakan yang terbaik untuk pembelajaran sekolah Kimi cuma kalau keputusan Kimi belum cemerlang, mama akan usahakan supaya Kimi cemerlang, dan andai keputusan Kimi masih biasa2 mama redha, mama terima segalanya, CUMA jika Kimi beroleh kecemerlangan, sudah pasti mama akan menangis kegembiraan tapi mama tak mahu lagi mendesak Kimi kerana takut pada tekanan orang keliling mama.




Sudah tiba masanya mama terima apa kelebihan dan kekurangan Kimi sebab mama yakin, dalam diri Kimi pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan mama bangga kerana telah melahirkan dan membesarkan Kimi.

Mama yakin, bila Kimi besar nanti, pasti ada sesuatu yang membuatkan mama tersenyum bangga!




Doa Mama Akan Sentiasa Bersama Kimi
Dan Mama Akan Terus Berdoa Agar 
Keputusan UPSR Kimi Esok
CEMERLANG!

tapi kalau sebaliknya kita terima dengan redha dan tingkatkan usaha





Salam Sayang,
Mama
16 Nov 2015

Sunday, September 6, 2015

Redha seorang Mama



Satu2nya anak bujang saya akan menduduki peperiksaan penting dalam hidupnya buat pertama kali esok. UPSR untuk calon yang kebanyakkan lahir pada tahun 2003 akan bermula dari 8 Sept - 10 Sept 2015.

JOM DOAKAN semua anak2 ini diterangkan hati, dijauhkan sifat pelupa dan lalai semasa menjawab nanti.


OK.

Sebenarnya saya nak kongsi perasaan saya sebagai mama bila anak saya, Kimi nak menduduki exam. Sabtu lepas, 5 Sept kami buat majlis baca doa kecil2an di rumah, minta jiran2 terdekat bacakan Yassin dan doakan untuk Kimi dan kawan2nya yang lain supaya dipermudahkan segala urusan dalam menjawab soalan.

Kenapa sebagai ibu tak buat sendiri? Buat solat hajat sendiri, baca doa sendiri dan minta semuanya sendiri kerana doa ibukan lebih afdhal dan terus sampai pada Allah?

:) :) :)

Saya dah buat sendiri berkali2 sebelum itu, sebelum orang masjid dan surau sampai malam tu pun saya buat lagi dan tujuan kami panggil orang masjid dan surau datang baca doa kat rumah pun sebab nak bagi Kimi rasa yang ramai orang mendoakan untuk dia dan nak bagi dia semangat selain mahu bersedekah makan pada jiran2 terdekat.

Memang malam tu dia duduk sebelah Imam besar Kampung Bangi sama2 baca Yassin dan sama2 mengaminkan doa yang dibacakan khas untuk dia. Biasa kalau buat baca Yassin kat rumah, dia duduk dekat2 dgn pintu jer, bila jumpa jer geng dia, hilanglah dia pergi main. Budak2kan memang main saja yang difikirkan.

Jadi habis acara malam Sabtu tu saya solat Isyak dan berdoa seperti biasa untuk Kimi dan hati saya tak rasa apa2 yang pelik pun, tapi semalam, malam tadi, lepas saya solat Isyak, saya buat solat sunat, buat solat hajat dan bila sedang berdoa tiba2 saya seperti terdengar bisikan halus di telinga,



 "mama, maafkan kimi tau sebab dosa dengan mama, kena mama yang maafkan, tuhan tak boleh maafkan kimi..."



Dalam terkedu tapi saya sedar yang dalam bilik tu hanya saya seorang sebab semalam pukul 9 malam saya dah suruh Kimi tidur supaya dapat rehat yang cukup. Suami pula keluar sebentar jumpa orang, jadi siapa yang berbisik di telinga saya.

Baru saya sedar yang selama ini saya berdoa macam2 minta yang baik2 untuk Kimi, tapi tak pernah sekali pun dalam doa saya, saya cakap saya maafkan segala dosa Kimi pada saya kalau2 ada, sama ada saya tahu, saya sedar atau dia buat benda2 yang saya tak tahu di belakang saya.

Memang berjurai2lah air mata saya bila saya sedar tentang itu, lama saya bercakap dengan Allah yang saya maafkan Kimi, saya ampunkan segala salah silap Kimi pada saya, saya halalkan segalanya, saya redhakan segalanya walau sampai saat ini saya tak tahu apa benda salah atau dosa Kimi pada saya kerana saya rasa langsung tak ada kerana bagi saya kalau Kimi buat apa2 dan saya marah hingga kadang2 berbirat kaki dia kena rotan dengan saya, tapi tak pulak saya ingat pasal apa, malah langsung tak ada rasa dendam apa lagi rasa sedih dengan apa salah yang dah pernah Kimi buat sebab saya pun tak ingat dan bagi saya, marah saya tu marah sebab sayang bukan marah sebab benci hingga mahu mendoakan yang tidak baik pada Kimi kerana itukan anak saya sendiri.

Lama juga saya atas sejadah semalam dan ntah kenapa bila saya cakap, saya maafkan semuanya dan saya redhakan semuanya air mata saya mengalir laju dan lepas selesai baru hati saya rasa sangat tenang... Demi Allah... hati saya sangat TENANG dan saya redha apa saja keputusan yang akan Kimi perolehi. Walhal sebelum ni, hati saya berdebar2, saya tak lena tidur dan asyik fikir yang Kimi tak akan boleh dapat semua A sedangkan saya nampak bagaimana usaha Kimi dan betapa teruknya Kimi mengulangkaji pelajaran dia.

Tapi selepas apa yang saya alami malam tadi, hati saya rasa sangat tenang. Selepas saya katakan yang saya maafkan dan redhakan segalanya!


Mungkin ada yang kita masih nak marahkan anak tapi kita sebagai ibu tak sedar agaknya...
Mungkin Allah mahu saya sedar yang bagaimana rasa ikhlas memaafkan...

Mungkin....



Apa pun, esok sudah bermulanya UPSR, ibu bapa yang mana belum maafkan anak2, maafkanlah... dan maafkanlah penuh ikhlas, bagi saya, pengalaman saya, bila saya ikhlas dan saya redhakan Kimi, air mata saya mengalir laju. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang berlaku.



Semoga Kimi dan semua calon2 UPSR 2015 dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari perasan takut, cuak, gelabah, tak yakin, lupa, cuai, leka dan paling penting bila lupa atau tak ingat sesuatu benda, terus ingat Allah dan ingat untuk istighfar, berselawat supaya dapat menjawab dengan tenang :)






Kimi baca Yassin dan berdoa sendiri untuk diri sendiri. Jangan pertikaikan alat tulis yang ada sebelah tu, anggap saja budak2 yakin pada keberkatan surah Yassin dan doa yang dibaca







Tuesday, May 27, 2014

BUDAK ITU PART 32

SAYA terkelu melihat result amoi depan mata saya, hanya ada 2 A, 2 B, dan 4 C. saya merenung wajah amoi, saya tengok air matanya mengalir laju. saya tahu dia sedih  bercampur dengan takut yang dia akan di berhentikan sekolah. Saya peluk dia dan dia terus teresak2 di bahu saya. saya tak mampu nak berkata selain dari memujuk dia untuk bertenang. saya faham amoi sedih dan saya boleh rasakan apa yang amoi rasakan. tapi bagi saya dengan kesibukan amoi tolong ibunya berniaga dan tidak ada masa yang banyak untuk belajar, keputusan PMRnya boleh dikatakan agak bagus. Tapi amoi tetap menangis kerana dia tahu, abahnya sudah berkata jika dia tidak dapat semua A dia akan di berhentikan sekolah dan nampaknya amoi memang tak boleh nak dapat semua A.


Sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi, saya tengok amoi resah gelisah. saya bertanya dia macam mana? adakah dia akan bersekolah atau macam mana? dia hanya sekadar mengalirkan air mata. bila saya tanya, sudah beli buku2 sekolah atau barang2 kelengkapan untuk masuk sekolah? dia sekadar mengelengkan kepala. saya tanya adakah adik2 yang lain sudah beli barang2 untuk masuk sekolah? dia mengangguk dan air matanya semakin laju. saya hanya mampu menahan sebak di hati. saya yakin amoi akan belajar hingga tingkatan 3 sahaja. Nampaknya abah dia nekad akan berhentikan amoi sekolah setelah keputusan PMR amoi tidak mendapat semua A. Jujurnya dalam hati saya sangat terkilan. saya berasakan jika amoi mendapat pendidikan dan masa yang cukup saya yakin amoi mungkin akan dapat lebih bagus dari itu. Tapi siapalah saya untuk masuk campur hal keluarga amoi.

Masanya tiba, hari pertama persekolahan bermula, saya resah memikirkan apalah perasaan amoi apabila dia sudah tidak lagi boleh ke sekolah. saya tak sabar menanti amoi buka kedai dan penantian itu benar2 buat saya rasa lambatnya masa berjalan. Bila tiba waktunya saya tengok amoi buka kedai seperti biasa dan bila keadaan sudah tenang saya pergi berjumpa amoi dan dia tersenyum melihat saya. saya tanya dia mcm mana hari ni, awak buat apa bila dah pergi sekolah? dia tersenyum tapi senyuman itu terselit duka. dia kata dia pergi sekolah tapi tak ada kelengkapan baju baru atau barang2 baru, semua pakai yang lama dan buku pun beli buku tulis sahaja. saya terkejut dan lantas saya peluk dia. saya katakan syukurlah awak blh pergi sekolah. kali ni belajarlah lebih bersungguh2 supaya SPM nanti awak boleh dapat keputusan yang lebih cemerlang. dia sekadar menganggukkan kepalanya. saya tarik nafas lega kerana nampaknya amoi masih boleh bersekolah seperti budak2 lain.

sebulan dua berlalu tiba2 saya dikejutkan dengan satu berita yang amoi akan diberhentikan sekolah. pagi2 amoi sudah datang mengetuk pintu rumah saya dan menangis mengatakan minggu itu adalah minggu terakhir dia akan bersekolah dan selepas itu abah dan ibunya tidak mahu dia ke sekolah lagi kerana mereka mahu amoi membantu mereka buat kuih dan jual kuih. saya terdiam dan memujuk amoi supaya bersabar. dia menangis semahu2nya dan saya tak tahu macam mana mahu membantunya kerana saya tahu saya bukan siapa2 dengan amoi. saya tanya kenapa tiba2 berhenti sekolah pulak? amoi kata yang abahnya rasa kalau amoi terus bersekolah adalah membazir kerana amoi bukannya pandai dan tak guna sekolah sampai habis. saya hanya mampu mengeluh dan bersedih dgn apa yang berlaku pada amoi.

Hari pertama amoi diberhentikan sekolah saya nampak muka amoi sembab, matanya bengkak kesan dari menangis dan saya hanya diam tak mahu bertanya apa2 kerana saya tahu jika saya bertanya mungkin amoi akan menangis lagi. Saya mencari Ahmad dan saya ceritakan segalanya pada Ahmad dan Ahmad terdiam kerana rupanya amoi tak pernah cerita hal itu pada Ahmad. saya sedikit rasa bersalah tapi saya rasa Ahmad perlu tahu hal itu. tapi saya dan Ahmad sudah berjanji tak akan bertanya apa2 hal itu pada amoi supaya amoi tidak terus bersedih. saya tahu berhenti sekolah adalah satu perkara yang memalukan.

Masa berlalu dan amoi sudah kelihatan agak tenang dan boleh terima bahawa dia kini tidak lagi bersekolah. dia sudah kembali boleh tersenyum dan bergurau senda seperti biasa dan perubahan itu agak melegakan hati saya dan Ahmad. cuma saya nampak setiap kali amoi melihat bas sekolah menghantar budak2 sekolah balik sekolah atau mengambil budak2 ke sekolah, riak wajah amoi akan berubah sedih. saya tahu hati amoi sedih melihat keadaan itu. namun kesedihan itu tidak lama, amoi akan kembali gembira bila dia melayan orang yang datang membeli kuih dan bila saya dan ahmad berbual2 dgn dia. cuma satu sahaja yang saya perasan, amoi sangat suka membaca. buku2 masa dia tingkatan 2 dan 3 dulu masih di baca dan sekali2 saya tengok dia mengajar anak cina yang selalu berkawan dengan dia.

sedar tak sedar cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula, nampaknya amoi sudah dapat terima sepenuhnya yang dia sudah tidak bersekolah. dia sudah tidak sedih lagi bila tgk kawan2 pergi atau balik dari sekolah. walau ada yang mengejek dia budak malas dan bodoh sebab tak sekolah tapi amoi nampak tenang.
sehinggalah satu hari amoi datang rumah saya menangis2 dan bagitahu dia mahu lari dari rumah. saya tanya kenapa? dia hanya diam dan terus menangis sambil berkata dia mahu lari dari rumah dan kalau tak boleh dia mahu bunuh diri. saya terkedu dan berdebar2, apa masalah amoi sampai dia nak lari dari rumah dan kalau dia nak lari pun dia mahu ke mana?


#insyaallah akan bersambung di part berikutnya#

Thursday, May 15, 2014

BUDAK ITU PART 31

Saya angguk tanda KFC masih ada lagi.  Saya tanya adakah dia mahu KFC lagi? dia sekadar angguk dan saya balik rumah panaskan 2 ketul terakhir ayam KFC yang tinggal, saya letak dalam bekas dan bawak ayam KFC tu ke gerai amoi. sampai kat gerai saya bagi ayam tu pada amoi dan saya tengok dia amik ayam tu dan  masukkan dalam plastik dan gantung kat tepi payung dia. Bekas kosong dia pulangkan pada saya. saya hanya diam tak bertanya. amoi terus buat kerja dia, melayan orang yang datang utk membeli kuih2 jualannya. Tiba2 saya nampak ah soo tua yang selalu datang gerai amoi duduk hujung tembok dan saya tengok amoi cepat2 amik plastik ayam KFC dan berlari pergi pada ah soo tu, dia hulurkan plastik bungkusan ayam dan dia patah balik ke gerainya. saya tersenyum melihat sikap amoi. saya ingat tadi dia yang nak makan ayam tu, rupanya nak bagi pada nenek kesayangannya itu.

Tanpa sedar masa berlalu, keputusan PMR akan keluar lebih kurang seminggu dan waktu itu saya tengok amoi tak senang duduk, kadang2 dia nampak dia termenung, kadang2 nampak dia resah gelisah. sudah hilang semua gelak tawa dan sifat ceria yang ada dalam diri amoi. saya tahu amoi berdebar dan saya tahu amoi sedang dalam keadaan takut. saya suruh dia bertenang, saya suruh dia berdoa banyak2 supaya Allah tenangkan hatinya dan saya suruh dia yakin yang dia sudah lakukan yang terbaik semasa peperiksaan dulu. walau nampak amoi mengangguk dan cuba mengukirkan senyuman tapi senyuman itu belum mampu menyembunyikan riak resah dalam hatinya. Saya yang melihat timbul rasa kesian. saya tahu amoi gelisah sebab memikirkan ugutan abahnya yang akan berhentikan dia sekolah jika dia tak dapat semua A dalam PMRnya.

Harinya tiba, amoi seawal pagi sudah ke sekolah utk mengambil keputusan PMR dan saya yang menunggu amoi balik dari sekolah rasa berdebar2, saya tak putus berdoa supaya amoi akan dapat semua A dan tak perlu berhenti sekolah. Masa berlalu, menjelang petang amoi bukak kedai seperti biasa, saya menanti penuh sabar amoi selesai membuka kedai dan baru saya mendekati dia. saya dapat lihat wajahnya murung. matanya sembab dan merah, saya dapat rasa yang dia baru habis menangis. saya tanya kenapa? result teruk sgt ker? awak kena pukul ker? dia geleng kepala...

saya tanya mcm mana result? lama dia diam dan airmatanya mengalir, dia hulurkan kertas yang berisi keputusan PMRnya pada saya, saya ambil dan buka untuk mengetahui keputusan PMR amoi...
terpampang result depan mata saya dan spontan bibir saya menyebut "Astaghfirullahalazim...."


#insyaallah akan bersambung di part seterusnya#


Monday, April 28, 2014

BUDAK ITU PART 30

-Kisah Budak Itu Part 30-


SAYA dalam takut2 beranikan diri buka pintu dan bila pintu terbuka saya tengok amoi dengan muka tersenyum dan terus tanya kenapa lambat buka pintu? saya bagi alasan baru keluar bilik air. Amoi hanya diam dan buka selipar dia masuk rumah dah tanya ada lagi tak kek dan ayam untuk dia? saya terus keluarkan kek dari dalam peti, ayam KFC saya panaskan balik dan saya tengok amoi releks2 seperti aman damai sahaja. Sementara tunggu ayam di panaskan saya duduk dekat amoi dan tanya dia macam mana dia blh keluar seawal ini? dia jawab, ibu dan abahnya pergi pasar beli barang dan dia di suruh ibunya keluar pergi order gas dan hantar bekas makanan ke rumah makciknya di blok satu lagi jadi dia buat semua tugasan yang ibunya suruh secepatnya dan terus datang rumah saya. Saya yang mendengar hanya diam. Saya tanya biasa ibu abah dia balik pukul berapa? dia jawab dalam pukul 11-11.30 pagi.. Saya melihat jam, baru pukul 9.30 pagi.

Siap ayam dipanaskan amoi makan sepuas2 hati. lepas abis ayam 2 ketul dia makan kek pulak. saya memandang terasa sayu, mungkin amoi dah lama nak makan kek dan ayam goreng KFC. Selesai makan saya tengok amoi pegang kotak2 hadiah yang ada atas meja. dia tengok saya dan saya cakap hadiah tu semua utk dia. Dia tersenyum dan saya nampak air mukanya berubah gembira. dia amik satu kotak hadiah dan dia goncang2 seolah2 mahu meneka apa isinya. saya cakap itu adalah hadiah dari kawan ahmad. saya suruh dia buka dan dia buka, rupanya dalam tu ada satu set alat tulis. hadiah kedua yang amoi pegang adalah hadiah dari ahmad, bila saya cakap itu hadiah dari ahmad, amoi letak balik dan bukak hadiah yang lain, tunang pada kawan ahmad bagi set getah rambut, cekak dan pengepit rambut, saya pula berikan amoi stokin sekolah, seluar kecik dan buku diari sebab saya tahu amoi suka menulis diari.

Hadiah dari ahmad adalah hadiah terakhir yang amoi buka, Ahmad hadiahkan minyak wangi. bila buka amoi hanya diam dan tengok saya. saya tanya kenapa? tak suka? amoi cakap suka.  cuma saya pelik kenapa ahmad bagi amoi minyak wangi dan minyak wangi tu adalah minyak wangi lelaki dan bila saya sedar bau itu adalah bau yang sama macam selalu yang ahmad pakai. Mungkin ahmad nak amoi selalu ingat kat dia. saya hanya tersenyum.

siap hadiah semua dibuka amoi cakap dia nak balik dan saya pun cakap kat dia yang beg ngaji dia tertinggal dan dia pun cakap dia tahu dan nasib baik semalam masa dia balik dari ngaji, abahnya tidak ada rumah dan ibunya sibuk di dapur. jadi tak ada siapa pun yang perasan dia balik mengaji tanpa beg mengajinya. saya yang mendengar cerita amoi menarik nafas lega. jadi semua hadiah yang amoi dapat dia masukkan dalam beg mengaji dia dan dia pun hulur tangan utk bersalam dengan saya. Terkejut juga saya sebab amoi tak pernah nak salam saya kalau dia nak balik dari rumah saya. biasanya dia hanya akan cakap terima kasih.

saya sambut tangan amoi dan amoi cium tangan saya sambil berkata, terima kasih kak, walau hari jadi saya lambat lagi tapi saya tahu akak dan ahmad buat semua ni sebab ahmad tahu saya nak makan kek dan KFC kan? terima kasih dan saya akan ingat semua ni sampai bila2. saya sayang akak sangat2 dan saya suka ahmad sebab dia baik. cuma kalau akak jumpa ahmad, akak tolong bagitahu dia yang saya minta maaf sebab semalam saya taknak bergambar dengan dia, saya bukan tak nak tapi saya takut dan malu. lagipun saya dengar kawan2 saya cakap kalau kita duduk sebelah budak lelaki nanti kita boleh mengandung kak. saya takut kak. kalau saya ngandung nanti abah akan bunuh saya kak.

saya yang mendengar amoi kata macam tu antara nak gelak dan nak menangis sebab betapa naifnya amoi. manalah boleh hanya duduk sebelah lelaki buat kita mengandung. tapi saya sekadar diam dan menganguk sebab saya terlalu sebak, tak tahu nak terangkan macam mana pada amoi tentang perkara itu. Saya pun tunduk cium kepala amoi dan peluk dia erat2, tiba2 air mata saya gugur dan saya tersedu2 tanpa dapat ditahan2. Amoi yang sedar saya menangis turut berlinang air mata.  saya kesat air mata saya dan saya lap air mata amoi. saya suruh dia balik dan pesan hati2 dijalan. Dia sekadar menangguk kepala dan melambai2 tangannya.

Lepas amoi balik saya masih terasa sebak, saya tahu saya sangat kasihkan amoi, saya lebih banyak faham dan tahu apa yang ada dalam hati amoi. sakit perit hari2 yang dia lalui hanya saya yang lebih mengerti. saya teringat segala2nya tentang amoi, kisah rambutnya yang tiba2 dikerat, kisah bibirnya yang pecah gara2 ditampar, kisah amoi yang demam panas di rumah saya dan macam2 kisah lagi. Tapi amoi seorang yang sangat bijak menyembunyikan duka hatinya hingga kalau dilihat secara kasar tak siapa tahu betapa peritnya kehidupan yang dia lalui.

Petang seperti biasa saya tgk amoi buka gerai seperti biasa, wajahnya juga ceria, tangannya lincah membungkus kuih, mulutnya ramah seperti biasa. mendengar amoi yang lancar bercakap bahasa cina buat saya kagum. kadang2 saya terfkir, kalau orang tak tahu dia tu anak melayu, mesti orang sangka dia anak cina. Bila saya tengok gerai amoi sudah tidak ada pelanggan saya datang dekat dan dia nampak saya terus senyum dan bila saya berdiri sebelah dia, dia tanya "kak, kfc ada lagi?"

saya yang dengar terdiam. tak jemu2 lagi kah dia makan kfc???



#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#

Friday, April 25, 2014

BUDAK ITU PART 29

-Kisah budak itu part 29-

Saya memandang beg mengaji amoi yang terletak di atas kerusi tepi pintu. Mesti dia tergesa2 dan hanya fikir nak cepat sampai rumah hingga terlupa yang dia pergi mengaji dan mesti ada beg mengaji untuk di bawak balik. Saya tak tahu apa nak buat. Nak hantar balik ke rumahnya itu hanyalah mengundang bahaya. Saya memandang Ahmad dan saya dapat lihat wajah ahmad yang serabut. Ahmad mungkin terfikir sama seperti apa yang saya fikirkan. Amoi akan terkantoi dan akan teruk di pukul dan jika nasib tak baik, abah amoi akan muncul depan pintu rumah saya. kami hanya mampu berdoa agar segalanya selamat.

Keesokan harinya saya bangun penuh debaran di dada. saya takut jika abah amoi akan muncul depan pintu dan saya tak sanggup lihat kalau amoi di pukul hanya gara2 abahnya dapat tahu amoi tak pergi mengaji dan datang makan2 di rumah saya. saya terbayang wajah ketakutan amoi. sudahlah semua rancangan itu adalah datangnya dari idea saya. saya yang menyuruh amoi ponteng dari mengaji. Meja yang kami gunakan utk acara amoi semalam pun saya masih tak kemas sebab saya tak mahu usik hadiah yang masih cantik terletak atas meja. ntah kenapa saya rasa sayang nak kemas meja tu. saya terbayang2 yang amoi masih ada di depan meja tu sedang tiup kek dan potong kek yang ada tulis nama dia.

Saya mandi dan bersiap saya turun bawah rumah untuk keluar ke kedai cari sedikit makanan dan beli barang2 dapur. Saya lalu tepi kerusi saya terpandang beg ngaji amoi masih terletak ditempat dimana dia letak semalam. saya pegang beg tu dan saya tgk dalamnya. Sayu hati saya melihat beg ngaji amoi gunakan adalah beg plastik dari The Store yang warna tulisan semakin pudar. saya melihat isi dalamnya ada senaskah Al-Quran  yang bertanda belum sampai suku muka surat. Saya baru tahu yang amoi sudah naik Al-Quran, walau bagi saya seperti terlambat amoi mengaji Quran, tapi itu sudah cukup bagus kerana sekurang2nya amoi tahu mengaji.

Lama saya termenung diam memikirkan macam mana nasib amoi saat ini. Saya yang memikir nasib amoi rasa sayu sangat, saya terasa seperti nak pergi rumah amoi dan berterus terang tapi macam2 benda yang bermain di fikiran saya dan menghalang saya utk berbuat begitu. Jujurnya saya sendiri takut dengan abah amoi. saya terbayangkan riak wajah abah amoi yang bengis dan pula saya selalu tengok amoi lebam2 di pukul dan say amasih terbayang2 macam mana teruknya bibir amoi ditampar hanya gara2 saya bagi kasut sekolah baru pada amoi dulu. saya tak mahu amoi kena lagi hanya kerana saya.

Saat itu bermacam2 benda bermain di fikiran saya, terasa kesal juga kerana memberi cadangan supaya amoi datang rumah semata2 nak buat kejutan pada amoi. sedang saya leka memikirkan tentang amoi tiba2 saya terdengar pintu di ketuk...

serta merta darah saya berderau, saya jadi seram sejuk, saya terbayang abah amoi yang datang dan akan menyerang saya kerana mengajar amoi ponteng mengaji... lama saya diam tak buka pintu kerana cuba menenangkan hati dan sekali2 berharap ketukan itu tidak akan berulang lagi, namun ketukan itu muncul kembali, kali ini sedikit kuat dari yang permulaan tadi...

siapa? adakah abah amoi datang dan akan buat kecoh depan rumah saya? kalau betul abah amoi yang datang mesti amoi dah teruk kena pukul... Ya Allah selamatkan amoi dan kami semua, sekali lalu tiba2 hati saya berdetik mendoakan begitu...


#InsyaAllah akan bersambung dipart berikutnya#

-mohon satu like jika anda membaca part ini.  TQ-

Thursday, April 24, 2014

BUDAK ITU PART 28

-Kisah Budak Itu Part 28-

SAYA memandang Ahmad dan Ahmad memandang saya. Kami hanya mampu terdiam tak tahu nak berkata apa. Sedih dalam hati sangat terasa kerana segala yang kami rancangkan untuk mengembirakan hati amoi tidak kesampaian. Saya pun menjemput mereka makan sebab amoi tak datang. Saya suruh Ahmad amik pinggan dan makan, Ahmad pun jemput kawan dia makan. Saya pun bangun dari sofa dan ambil cawan utk minum air tiba2 dengar pintu di ketuk.

Kami berempat terus teruja rasa nak menjerit dan saya cepat2 letak balik cawan, kawan ahmad yang baru nak amik KFC letak balik dan saya intai guna teropong dan nampak amoi di luar sana. Sepantas kilat kami bersedia melakukan seperti apa yang kami rancang. Saya buka pintu sedikit dan amoi bagi salam, saya jawab salam dan suruh amoi masuk, bila amoi buka selipar dia dan melangkah kaki dia dan menolak pintu luas kami ramai2 menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan amoi yang nampak segalanya dgn jelas terus terduduk dan menangis.

Ahmad cepat2 pergi dekat dengan amoi dan tarik tangan amoi ke meja makan yang ada KFC dan kek yang bertulisan selamat hari jadi amoi. Ahmad suruh amoi tiup lilin sambil kawan ahmad mengambil gambar. Amoi melihat saya dan tiba2 saya lihat air matanya berjurai lagi. saya terus pergi dekat amoi dan memeluk amoi erat2. saya tahu amoi terkejut dan gembira mungkin juga tak sangka kami akan buat itu semua untuk dia. Saya lap air mata amoi dan suruh dia tiup lilin di atas kek yang Ahmad beli khas untuk amoi. amoi tiup lilin dan kemudian saya suruh dia potong kek dan letakkan dalam pinggan dan bagi pada Ahmad dan kawan2 Ahmad. Amoi menurut tanpa suara.

Masa amoi potong kek dan bagi pada saya, saya amik kek tu dan suapkan sedikit ke dalam mulut amoi, amoi bukak mulut utk disuapkan tapi bukaan mulutnya seiring dengan air matanya yang berguguran laju. saya tahu amoi sebak. saya sendiri bergenang air mata. Selesai saya suapkan amoi kek, Ahmad mengambil pinggan kek dari tangan saya dan cuba nak suapkan ke mulut amoi tapi amoi mengelak. malu. kami hanya mampu tergelak.

Bila tengok amoi kembali tenang dan air matanya sudah tidak mengalir lagi saya ajak dia makan kek dan kfc yang dia teringat nak makan selama ni. amoi makan cepat dan laju. sekejap suap kek sekejap gigit ayam. saya tahu dia takda rasa segan atau malu biar pun depan dia ada Ahmad yang dari tadi melihat dia tak berkelip. mungkin Ahmad terpesona melihat amoi yang biasa dia tengok dengan skirt atau seluar track suit bertukar wajah dengan baju kurung dan kain tudung yang di ikat di bawah dagu. Bila dia perasan saya sedang memerhati dia, dia tunduk malu. Saya faham kenapa Ahmad tengok amoi macam tu sebab bila amoi pergi mengaji, amoi memang akan nampak sangat cantik, dengan baju kurung dan kain tudung.

lebih kurang 20 minit amoi berada di rumah saya, dia tergesa2 nak balik, kami pun tidak menghalang kerana kami tahu amoi kena ada di rumah sebelum pukul 9 malam. cuma Ahmad kecewa kerana bila diminta utk bergambar berdua amoi tak mahu. mahu ambil bertiga dgn saya pun amoi tak mahu duduk sebelah ahmad. sudahnya saya yang akan menjadi orang di tengah2 antara mereka. saya tahu ahmad tak puas hati kerana dia mahu gambar berdua bersama amoi tapi amoi tak mahu.

Amoi bergegas balik dengan meninggalkan semua hadiah yang ada atas meja kerana macam mana dia nak bawak balik sebab mesti akan di tanya oleh ibu atau abahnya. kami yang faham sekadar diam cuma ahmad tiba2 menyeluk poket dan mengeluarkan satu bentuk key chain bentuk love yang tertulis selamat hari jadi. amoi ambil dan terus berlari pulang ke rumah. Kami yang ditinggal hanya dapat menarik nafas lega kerana kami dah berjaya buat amoi gembira dan dapat tunaikan impian amoi dan makan kfc dan nak sambut hari jadi ada kek yang ada tertulis namanya.

Tapi seminit kemudian amoi muncul balik depan pintu dan bila saya tanya kenapa? dia jawab, blh tak simpankan kek dan ayam tu utk dia, esok dia nak makan lagi dan suruh saya bawak ayam dgn kek tu pergi kedai dia petang esok. saya sekadar menganguk dan dia berlari balik.

Kami teruskan makan dan kawan Ahmad tiba2 bersuara...

"dia tertinggal beg mengaji dia"


#insyaAllah akan bersambung di part 29#